terlebih dulu sedikit biodata diri sebagai salam kenalan . diri ku dilahirkan 21 tahun dahulu sebagai anak bongsu drpd 8 adik beradik , di sebuah kampong nan damai .
diri ku diatas dukungan dan pelukan ibu , kakak , ayah dan abang .aku rindukan suasana begini tapi apa kan daya takdir mehgatasi segalanya.
betapa bahagianya jiwa andai , aku masih punyai ahli keluarga yg dpt berkumpul begini lagi.
diri ku di usia 6 tahun , berposing di zoo negara
keakraban kami dua beradik dari kecil hingga lah ke saat ini . dan kini , kami berdua bertugas dalam bidang yg sama .
aku bersama kakak sulong ku , ketika diri ku dibawa melawat zoo negara ,
terima kasih kak chaq dan abg chaq .
bersama mak , abang , kakak2 dan anak buah .
kenangan abadi .. aku naik angin , akibat di bawa berubat dgn seseorang .
setelah ayah yg disayangi pergi meninggalkan kami , aku hilang semangat dan menjadi seorang yg penakut.
bila diubati aku dah ter 'over ' pulak , ketika ni usia ku 5 tahun
saat paling sayu , sedih dan pilu pabila saat takbir raya berkumandang , aku terkenangkan ayah .. ayah pergi meninggalkan aku dan adik beradik ketika usianya 47 tahun dan aku di ketika itu baru berusia 2 tahun setengah .
dr kiri : fairuz (jiran) aku , abang (badrol) dan anak buah (hanan)
bahagia kan andai ku jua dpt merasai belaian kasih seorang ayah.
aku cemburu , aku irihati pabila melihat gelagat anak2 sekarang yg tidak menghormati dan menghargai org tua mereka .. kerana aku tidak pernah merasai atau mengingati bagaimana hangatnya pelukan dan belaian seorang ayah , kerana ayah ku pergi terlalu awal , sehingga aku belum sempat mengingati wajah ayah .
abang , aku dan mak ketika melawat kakak sulong di hospital Yan.
aku , berdiri berbaju merah di usia 8 tahun .
diri ku menumpang gembira bersama anak2 buah , mereka lah pengubat rasa sunyi hati ku.
aku berbaju hijau . dikala ini usia ku meningkat 10 tahun .
mak ,dikau lah segala2nya buat ku sekarang . pengorbanan mu memelihara kami dr kecil tiada dapat dibalas dgn wang ringgit , semoga mak diberi kesihatan yg baik agar dpt beribadah dgn tenang dan khusyuk ....
pesanan ku , kepada semua yg masih punyai ibubapa , hargailah , sayangilah , pulang lah kepangkuan mak ayah selalu , kerana kasih mereka tidak boleh ditukar beli . jenguk2 lah mereka selalu .. anda bertuah kerana punyai ayah hingga kini , hargai lah dia .
No comments:
Post a Comment